suria

Bipasha berpasangan pelakon Hollywood Billy Zane dalam 'Chai Mera'

Aktres Benggali Bipasha Basu sering mendapat tawaran kerana potongan badannya yang menarik.
Aktres Benggali Bipasha Basu sering mendapat tawaran kerana potongan badannya yang menarik.
Aktres Benggali Bipasha Basu sering mendapat tawaran kerana potongan badannya yang menarik.

AKTRES berbangsa Benggali, Bipasha Bapu amat bertuah kerana ditawarkan untuk berlakon di samping pelakon Hollywood yang berjaya mencipta nama dalam filem 'Titanic' iaitu Billy Zane dalam filem 'Chai Mera.'

Selain Bipasha dan Billy Zane yang pernah memainkan watak jahat dalam filem 'Titanic', pelakon lain yang akan membintangi filem bertajuk 'Chai Mera' ialah Kunal Kapoor.

Julung-julung kali aktres Bollywood mendapat tawaran sehebat ini. 'Chai Mera' adalah filem antarabangsa kedua pengarah muzik yang kini menjadi produser Tabun Sutradhar. Filem pertama Tabun ialah Hidden yang membariskan pelakon Hollywood Christopher Atkins.

Menurut sumber, 'Chai Mera' adalah sebuah filem 'thriller' yang akan diarahkan oleh penerbit Hollywood Daniel Silverman.

Bipasha khabarnya telah dibayar dengan agak lumayan untuk melakonkan watak dalam filem ini.

Selain 'Chai Mera,' Bipasha juga baru mendapat tawaran untuk memegang watak gadis Kashmiri bagi sebuah filem bertajuk 'Lamha.' Selalunya watak gadis Kashmiri hanya ditawarkan untuk aktres yang berkulit cerah seperti Preity Zinta, Manisha Koirala dan Kareena Kapoor. Tapi entah macam mana nasib Bipasha agak baik bila mendapat tawaran sedemikian.

Ini adalah kali pertama watak ini diserahkan kepada aktres yang bukan berkulit cerah dan Bipasha menganggapnya sebagai satu penghormatan kerana 'memcah rekod' ini.

Untuk benar-benar menghayati watak ini, pengarah Kunal Kapoor telah mengatur pertemuan Bipasha dengan seorang gadis Kashmir untuk belajar isyarat tubuh.

Menurut sumber, Bipasha begitu gembira mendapat tawaran ini kerana buat pertama kalinya peminat filem Bollywood akan melihat gadis Kashmir yang sawo matang dan berbeza!

Artikel Berikut

Artikel Lain