Ako nafi waran tangkap akan dikeluarkan

Ako tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sibuk berlakon.
 Ako tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sibuk berlakon.
Ako tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sibuk berlakon.

PETALING JAYA:Pelakon drama, Muhaizad Ahmad Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ako, hari ini menafikan waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya atas kesalahan khalwat yang dilakukan pada tahun 2007 dengan seorang wanita bukan Islam.

Menurut Ako, dia telah pun menelefon pihak mahkamah dan berbincang mengenai perkara tersebut.

"Tak ada waran tangkap akan dikeluarkan dalam masa terdekat atau pun satu dua hari ini. Saya dah telefon pihak mahkamah pagi tadi dan beri sebab mengapa saya tidak boleh hadir pada perbicaraan kes terbabit.

"Pihak mahkamah telah menerima sebab yang dikemukakan dan mereka telah bersetuju tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas saya," katanya kepada mStar Online semalam.

Pelakon berusia 37 tahun itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai waran tangkap yang akan dikeluarkan ke atasnya akibat gagal menghadirkan diri ke mahkamah walaupun tiga notis saman telah diserahkan kepadanya.

Hakim Syarie Mahkamah Gombak Timur, Wan Mahyuddin Wan Muhamad semalam menetapkan 3 Mac depan bagi kes itu disebut semula dan pertuduhan akan dibacakan kepada Ako.

Ako didakwa berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam, Anang Sagunting, 24, di pangsapuri Blok B-2-9, Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa dekat sini pukul 1.30 pagi 27 Jun 2007.

Jelas pelakon yang baru sahaja bernikah dengan seorang gadis Sabah, Kartina Abdullah enam hari yang lalu turut menjelaskan yang dia bukan sengaja tidak menghadirkan diri ke mahkamah sebaliknya dia terikat dengan jadual penggambaran drama yang sangat padat lewat kebelakangan ini.

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia