Mawi: Jangan kaitkan saya dengan politik! - Hiburan | mStar

Mawi: Jangan kaitkan saya dengan politik!

Mawi terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan PKR.
Mawi terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan PKR.

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM: Selepas ditunjukkan bukti kenyataan mengenai Mawi pernah membantu ahli Parti keadilan Rakyat (PKR) yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua AMK Johor Zabidie Abas semalam, penyanyi popular berasal dari Johor ini menafikannya.

Dakwaan tersebut dikeluarkan oleh Zabidie di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam semalam seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.

"Semua yang dikatakan itu tidak betul. Masa bila...?.

"Lagipun tahun 1999, saya belumpun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?.

"Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana dirasakan tidak perlu.

"Tetapi saya hanya berharap supaya jangan kaitkan saya dengan politik," jelas Mawi ketika ditemui di pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik kategori Etnik Kreatif di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam.

Mawi yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada Januari depan bersama teman duetnya melalui lagu Doa Dalam Lagu terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu.

Dalam masa yang sama, Mawi turut merasakan dia dipergunakan lagi dalam politik.

"Dah banyak kali saya rasa dipergunakan oleh orang politik ini. Dulu, masa saya ke Kelantan, orang kata saya orang PAS.

"Macam saya katakan tadi, benda ni tak payah dibesarkan dan lawan apa-apa. Saya tak perlu melatah.

"Saya tahu ada pihak yang cuba gunakan nama saya. Tetapi, saya hanya redha dan bersabar. Saya yakin ada hikmahnya nanti," beritahu Mawi yang berkali-kali menegaskan supaya dia tidak dikaitkan dengan politik lagi selepas ini.

Kenyataan Mawi ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah bergiat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Zabidie, yang juga pembahas pertama mendakwa bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di Kulai.

Katanya lagi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.

Zabidie sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin yang bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat' dilaporkan berkata:

"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa menampal poster bersama kita."

"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya di hadapan 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Namun, menurut Zabidie lagi, nama Mawi tidak ada dalam senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini.

Difahamkan, nama Mawi disebut oleh Zabidie sebagai satu saranan agar PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Lewat petang semalam, Bernama melaporkan bahawa Zabidie pernah cuba memujuk jiran sekampungnya menganggotai PKR tetapi Mawi enggan.

Menurutnya, Mawi memberi alasan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya selain memilih untuk bersikap neutral dalam politik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia