suria

Sinopsis Muzikal Impak Maksima

EXCELLENT Pictures dengan kerjasama Istana Budaya dan Global Network Entertainment Sdn Bhd sedang mementaskan Teater Muzikal Impak Maksima di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 11 hingga 22 November ini.

Teater muzikal ini mengisahkan remaja bernama DK bersama tiga rakan karibnya, iaitu Loyai, Amran dan Kembang yang sentiasa terjebak dalam sukan permotoran drift. Mereka sering kali terlibat dalam lumba haram. Saingan utama DK adalah Ray. Mereka bersaing untuk menjadi jaguh drift jalanan.

DK, Loyai dan Kembang belajar di sebuah kolej swasta sementara Amran pula seorang mekanik di workshop Salman. Amran seorang mat rempit dan mempunyai seorang teman wanita bernama Asmidar.

Suatu hari di kolej semasa kemasukan pelajar baru, DK telah bertemu dengan Ika, seorang freshie yang cukup popular.

Malangnya, Ika tidak berminat dengan DK. Bermula saat itu DK mencuba dengan sedaya upaya untuk memenangi hati Ika.

Apa yang tidak diketahui oleh DK, Ika adalah adik kepada Ray. Beliau sentiasa menjaga setiap pergerakan adiknya itu. Apabila Ray dapat tahu yang DK sering menggangu Ika, beliau telah berhadapan dengan DK.

Ika didatangi seorang gadis bernama Mimi. Kehadiran Mimi memeranjatkan Ika sebab Mimi memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita Ayie. Ika kecewa. DK cuba menjelaskan keadaan sebenar pada Ika bahawa Mimi adalah bekas teman wanita dan mereka hanya kawan biasa sahaja. Pergaduhan berlaku antara Ray dan DK, di mana DK dibelasah dengan teruk.

Ray mencabar semula DK untuk berlumba dengannya. DK setuju dan mereka telah menetapkan satu tarikh perlumbaan....

Adakah Ray atau DK akan memenangi perlumbaan.? Saksikan Impak Maksima mulai 11 hingga 22 November ini untuk mengetahui kesudahan pertarungan hebat tersebut di pentas lumba Panggung Sari, Istana Budaya.

Artikel Berikut

Artikel Lain