suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan renggang sejak sekian lama, Jeon So Min tak pernah peluk bapa sendiri 

So Min dedah tak pernah pegang mahupun peluk bapanya.

PELAKON Jeon So min mendedahkan hubungan dia dan bapanya tidaklah rapat seperti disangka orang lain.

So Min, 38, berkata, dia tidak pernah meluahkan kata-kata sayang apatah lagi memegang tangan atau memaut lengan bapanya sebagai tanda kasih kepadanya.

"Saya tak rapat dengan ayah tapi saya sangat menyayanginya. Saya tahu dia juga sayangkan saya.

NP (75)

So Min mendedahkan dia dan ayahnya tidak rapat.

"Tetapi saya tidak seperti anak perempuan lain, saya tak pernah beritahu saya sayangkannya.

"Tak hanya itu, saya tak pernah pegang tangan, paut lengan mahupun memeluknya kerana hubungan kami tidak rapat," jelasnya.

So Min mendedahkan perkara itu ketika tampil sebagai tetamu podcast aktor Choi Daniel menerusi saluran YouTube miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang tiada tawaran lakonan, Jeon So Min tak malu kerja ‘part time’ di kafe

ARTIKEL BERKAITAN: Yang Se Chan & Jeon So Min Sertai Keluarga 'Running Man'

Berkongsi lanjut, So Min yang juga bekas peserta program Running Man memberitahu dia sendiri tidak tahu punca hubungan mereka renggang.

Katanya, ada kemungkinan ia disebabkan cara dia dibesarkan seperti anak lelaki dan melayannya sebagai seorang rakan.

"Adakah kerana ayah saya membesarkan saya seperti anak lelaki? Atau mungkin kerana dia melayan saya seperti seorang kawan?," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain