suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dituduh semakin kurus sebab barang terlarang, Bhad Bhabie akhirnya mengaku sedang derita kanser

Bhad dedahkan dia sedang menghidapi kanser.

PENYANYI rap Bhad Bhabie mendedahkan dia kini menghidap penyakit kanser.

Bhad, 21, bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci berkenaan penyakitnya itu.

Disebabkan kanser tersebut, Bhad memberitahu dia mengalami penurunan berat badan.

Bhat 2

Bhad mendedahkan perkara tersebut di Instagramnya.

"Maafkan saya. Kanser yang saya hidapi ini menyebabkan saya turun berat badan. Saya kini sedang cuba untuk menaikkannya semula," katanya.

Dalam masa sama, penyanyi berasa Amerika Syarikat itu meminta supaya orang ramai tidak membuat spekulasi tidak benar terhadap penurunan berat badannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dedah skandal bekas suami, Yulhee tuntut hak penjagaan anak pula

ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu dedah hal hubungan intim, pengakuan berani Jefri Nichol ini mengejutkan peminat

"Jadi, saya minta anda semua untuk hentikan spekulasi yang tidak betul," ujarnya.

Sebelum ini, Bhad menjadi tumpuan disebabkan berat badannya menurun dan ada yang mendakwa dia mengambil barang terlarang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain