suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nikita Willy perlahankan karier selepas hamil anak kedua, belum fikir mahu bersalin di negara mana

Nikita kini hamil lima bulan.

SELEPAS mengumumkan berita kehamilannya di media sosial pada Jun lalu, pelakon Nikita Willy memberitahu dia kini mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

Justeru itu, Nikita atau nama sebenarnya Nikita Purnama Willy, 30, memberitahu dia akan memperlahankan karier seninya.

Nikita 2

Nikita dan Indra bakal menimang cahaya mata kedua pada Disember ini.

"Selepas ini saya mahu berikan fokus kepada anak-anak sahaja. Sepertinya saya perlu untuk kurangkan kegiatan dan karier saya pada tahun hadapan dan fokus perihal di rumah sahaja," katanya.

Ketika ditanya tempat untuk melahirkan cahaya mata keduanya itu, Nikata berkata dia masih belum membuat keputusan terhadap perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan selepas keguguran, Nikita Willy hamil lagi... Sudah tahu jantina anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah pegang penyapu sejak kecil, Nikita Willy masuk kelas pengurusan rumah tangga

Sebelum ini, Nikita melahirkan anak pertamanya di Amerika Syarikat.

Nikita berkahwin dengan Indra Priawan, 32, pada 16 Oktober 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya pertama yang diberi nama Issa Xander Djokosoetono, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain