suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamie Foxx koma 20 hari angkara pil tidur, hilang ingatan selepas sedar

Jamie enggan mengulas lanjut berkenaan penyakitnya.

BAGAI mati hidup semula, pelakon Jamie Foxx mendedahkan dia terlantar koma selama 20 hari di hospital selepas mengambil pil tidur secara berlebihan.

Kata Jamie, 56, dia langsung tidak mengingati apa-apa perkara yang berlaku selepas bangun daripada koma itu.

"Saya mengalami sakit kepala yang teruk, kemudian minta kawan saya beri ubat tidur.

Copy of Untitled - 2024-07-03T124034.248

Jamie tidak mengingat apa-apa perkara setelah bangun dari koma.

"Selepas itu, saya hilang selama 20 hari dan langsung tidak ingat apa-apa. Mereka memberitahu saya kakak dan anak perempuan saya yang bawa saya ke hospital," katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai penyakitnya kepada umum, Jamie hanya memberitahu ada yang sesuatu yang tidak kena pada bahagian kepalanya.

"Doktor beritahu ada yang tak kena di atas sana (kepala), tetapi saya tak mahu bercerita depan kamera," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani buat kelakuan tak senonoh, Jamie Foxx didakwa lakukan serangan seksual terhadap seorang wanita 8 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah kehidupan Tyson di kaca televisyen, bakal dilakonkan Jamie Foxx

Sementara itu, pelakon filem Ray itu menyifatkan pengalaman terlantar koma sebagai satu momen yang cukup menyeksakan.

Namun begitu, dia tetap bersyukur kerana dirinya semakin pulih meskipun emosinya terganggu susulan insiden berkenaan.

"Apa yang saya lalui seperti saya ke neraka dan kembali. Walaupun sukar tetapi saya sedang cuba pulih.

"Mereka melihat saya di luar mungkin gembira tetapi sekali-sekala saya tiba-tiba menangis kerana sangat susah. Saya sakit," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain