suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marah pengacara tak sebut gelaran haji anak, sikap angkuh ibu bapa Atta Halilintar buat netizen benci

Ibu bapa Atta Halilintar dituduh taksub dengan gelaran.

TINDAKAN ibu bapa Atta Halilintar yang berdebat tentang gelaran haji pempengaruh media sosial popular Indonesia itu mengundang rasa benci dalam kalangan netizen.

Ia susulan Geni Faruk dan Anofial Asmid menegur pengacara majlis pertunangan anak lelaki mereka iaitu Thariq Halilintar yang tidak menyebut gelaran haji ketika meminta Atta naik ke atas pentas.

Ibunya Geni, 51, secara lantang memberitahu Thariq juga sepatutnya dipanggil dengan gelaran tersebut memandangkan anaknya itu pernah mengikutnya mengerjakan ibadah haji ketika usianya dua bulan.

"Jangan lupa sebut haji, Atta sudah haji!

Copy of Untitled - 2024-06-25T121744.950

Geni dilihat sempat berdebat dengan Atta berhubung gelaran haji Thariq.

"Thariq ini juga sudah haji ketika usia dua bulan dia dah naik haji dengan kita," katanya.

Bagaimanapun kenyataan tersebut sempat disangkal Atta yang menjelaskan gelaran terhadap adiknya tidak boleh digunakan.

Atta bersama isteri Aurel Hermansyah baru sahaja pulang dari Tanah Suci Makkah pada Sabtu lalu selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertunang depan foto arwah bapa, Thariq Halilintar mahu jadi kekasih ‘terakhir’ Aaliyah Massaid

ARTIKEL BERKIATAN: Dah tinjau lokasi majlis, pernikahan Thariq Halilintar semakin hampir

Sementara itu, netizen di media sosial menyelar sikap angkuh pasangan tersebut yang dianggap taksub dengan gelaran.

Malah ramai meminta pasangan tersebut mempamerkan sikap rendah diri kerana gelaran tidak membawa apa-apa erti.

"Hanya kerana gelaran haji sanggup berdebat dengan anak sendiri di hadapan umum. Tak tahu malu betul," komen netizen.

Pada Ahad lalu, Thariq melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Aaliyah Massaid

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain