suria

Rizky Febian mohon doa peminat, enggan sahkan bakal nikah Syawal ini 

Mahalini (kiri) dan Rizky masih belum beri kata putus tarikh pernikahan mereka.

MASIH berteka-teki tentang perkahwinannya, Rizky Febian engan mengesahkan khabar angin dia bakal disatukan dengan penyanyi Mahalini pada bulan Syawal tidak lama lagi.

Malah apabila ditanyakan tentang perkara itu, Rizky, 26, terus mengharapkan doa peminat agar pejalanan hubungan dia bersama Mahalini dipermudahkan.

"Doakan sahaja. Apa lebih penting doakan semoga semuanya terbaik buat saya dan Mahalini," katanya kepada media.

rizky febian 2

Rizky harap hubungannya dengan Mahalini dipermudahkan.

Rizky mengulas perkara itu selepas timbul dakwaan dia dan Mahalini kini sedang menghitung hari sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Dalam beberapa temubual sebelum ini, Rizky juga pernah memberi bayangan akan segera bernikah.

Namun disebabkan faktor perbezaan agama antara dia dan Mahalini, pasangan ini masih belum memberi kata putus tarikh pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbezaan agama isu sensitif, Rizky Febian tetap akan kahwin Mahalini

ARTIKEL BERKAITAN: Sule pernah halang Rizky Febian kahwin muda, bimbang ikut langkah gagal dalam rumah tangga

"Lebih penting kita sebagai umat Nabi Muhammad, sudah punya niat yang baik," jelasnya.

Untuk rekod, Rizky dan Mahalini melangsungkan pertunangan pada Mei tahun lalu di sebuah hotel dan majlis diadakan secara tertutup.

Perbezaan agama antara mereka sering menjadi persoalan ramai kerana Rizky beragama Islam sedangkan Mahalini pula penganut Hindu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain