suria

Tahun terburuk buat Shah Rukh Khan, sedih ramai ramal zaman ‘kematian’

Peminat terus memberi sokongan terhadap Shah Rukh Khan.

PELAKON Shah Rukh Khan menyifatkan lima tahun kebelakangan ini merupakan tahun terburuk dalam hidupnya.

Selain filem terbitannya gagal mendapat sambutan di pawagam, Shah Rukh Khan, 59, juga turut berdepan masalah keluarga.

Lebih mengecewakan lagi apabila ada sesetengah pihak melihat aktor ini mula melalui zaman kejatuhan.

srk 2

Nama anak Shah Rukh Khan turut menjadi bualan.

"Lima tahun sebelum ini adalah waktu yang sukar buat saya dan keluarga.

"Selain berdepan dengan Covid-19, kebanyakan filem saya juga tidak menjadi. Ramai yang mula ramalkan zaman 'kematian' saya.

"Kemudian ada sesuatu yang tidak elok berlaku dalam kehidupan peribadi. Cuba untuk terus berdiam dan bekerja seperti biasa, namun perkara ini memberi impak kepada saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan diugut bakar hidup-hidup, filem terbaharu cetus kemarahan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Perbualan WhatsApp Shah Rukh Khan tersebar... Rayu pegawai penyiasat bebas anak kes dadah, tawar rasuah RM13 juta

Shah Rukh Khan berkongsi perkara itu ketika menerima Anugerah Indian of the Year 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

Sebelum ini nama anak Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan terpalit kontroversi apabila di tahan atas dakwaan menganmbil bahan terlarang ketika sedang bercuti dengan rakan-rakan di atas sebuah kapal layar.

Aryan bagaimanapun dibebaskan seleas ujian air kencing mendapati negatif.

Sementara itu filem Pathaan juga pernah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak sensitif sehingga Shah Rukh Khan pernah menerima ugutan bunuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain