suria

Perbualan WhatsApp Shah Rukh Khan tersebar... Rayu pegawai penyiasat bebas anak kes dadah, tawar rasuah RM13 juta

Shah Rukh Khan dikatakan memberi rasuah kepada pegawai penyiasat.

KES penyalahgunaan dadah melibatkan anak pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan kembali menjadi perhatian apabila aktor itu didakwa memberi rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Dadah (NBC) sebagai ganjaran menggugurkan pertuduhan.

Pelakon itu dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta Rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Sameer kini menjadi perhatian selepas perbualan di aplikasi WhatsApp dipercayai bersama Shah Rukh mula tersebar.

Dalam perbualan tersebut, Shah Rukh menghantar mesej panjang lebar merayu agar nama anaknya digugurkan daripada kes siasatan mengambil dadah ketika di atas kapal pelayaran padan Oktober 2021.

SHAH RUKH KHAN 2

Aryan bebas dari segala pertuduhan penyalahgunaan dadah.

"Saya merayu jangan biarkan anak saya dalam penjara. Jika ia menjejaskan integriti anda sebagai pegawai, tolonglah saya dengan apa cara sekalipun. Saya terhutang budi kepada anda.

"Saya akan menggunakan kuasa saya untuk halang mereka dari memberi sebarang kenyataan. Saya merayu sebagai seorang bapa tolonglah hantar anak saya pulang," jelas perbualan yang tersebar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Rukh Khan keluar jenama pakaian sendiri, sehelai jaket dijual RM10,000

Sebelum ini, Sameer juga dilihat pergi bercuti ke luar negara dan mengamal gaya hidup mewah dipercayai hasil duit rasuah.

Aryan ditahan bersama tujuh rakan lain termasuk dua wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas 28 hari ditahan dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain