suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penampilan Lisa Blackpink di Istana Buckhingnam dapat pujian, macam puteri raja sebenar

Lisa terlihat anggun bersama gaun berwarna biru laut ketika hadir di Istana Buckhingnam.

KEMUNCULAN penyanyi Lisa Blackpink di Istana Buckhingnam London pada Selasa lalu mencuri perhatian netizen yang kagum dengan penampilannya yang bagaikan puteri di raja.

Lisa yang tampil menggayakan gaun berona biru laut dan dipadankan dengan kasut berwarna emas bersama kalung berlian dari Bulgari.

Gaun aquamarine tersebut merupakan koleksi ready to wear RTW Spring 2024 yang direka oleh pereka fesyen Lubnan iaitu George Hobeika.

blackpink

Gaun digayakan Lisa curi perhatian netizen.

Lisa bersama anggota Blackpink yang lain dijemput ke istana berkenaan bagi menghadiri Majlis Jamuan Negara Korea Selatan dan United Kingdom bersama Raja Charles III.

Pemilihan pakaian tersebut mendapat pujian peminat yang menyangka dia adalah seorang puteri raja selain kelihatan seperti watak Elsa yang popular menerusi filem Frozen.

"Lisa cantik! Beri sokongan dengan cara tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Luang masa bersama di Paris, Lisa Blackpink dan bos Tag Heuer masih jalin hubungan istimewa

ARTIKEL BERKAITAN: Telur dadar makanan kegemaran Lisa Blackpink, permintaan ‘khai jiao’ melonjak di Thailand

"Dia sentiasa bijak dalam memilih pakaian. Macam Frozen Elsa dalam kehidupan sebenar," antara komen netizen.

Pada majlis tersebut, Lisa bersama tiga anggota lain iaitu Rose, Jisoo dan Jennie menerima anugerah Most Excellent Order of the British Empire (MBE).

Penghargaan tersebut diberikan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham di London.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia