suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak G-Dragon hilang sabar, bengang adik difitnah ambil dadah... “Ini sangat gila!”

Kakak G-Dragon tampil bela adik.

TERKILAN adiknya dituduh terlibat dalam penyalahgunaan dadah, kakak kepada G-Dragon akhirnya tampil membela penyanyi itu.

Kata Kwon Da Mi, tuduhan yang dilemparkan kepada adiknya itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Malah dia juga menganggap ia sengaja dicipta oleh individu yang membenci adiknya.

as

Da Mi anggap tuduhan adiknya mengambil dada tidak wajar.

"Saya seorang yang penyabar dan saya sekarang ini tengah sabar dan tahan diri saya.

"Tapi, perkara ini sangat menggilakan. Awak tengah cuba nak tulis novel ke apa ini?," katanya.

Dia berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, dia juga mengajak orang ramai agar memberi sokongan kepada adiknya melalui tanda pagar GD Guardians Of Daisy.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink dedah seorang pemalu, suka bawa bantal sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar berjaya rakam V dan Jennie berpegangan tangan di Paris, peminat beri restu bercinta

G-Dragon sebelum ini hadir di Balai Polis Nonhyeon, Korea Selatan bagi menjalani siasatan selepas didakwa atas kesalahan mengambil dadah.

Siasatan berlangsung dalam tempoh empat jam dan selepas keluar dari balai polis, G-Dragon dengan gembira memberitahu keputusan ujian air kencing adalah negatif.

Pihak pengurusannya juga bertegas akan mengambil tindakan saman terhadap laporan yang dibuat pada 26 Oktober lalu menuduh G-Dragon terlibat dengan dadah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain