suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak tampil pertahan Virgoun, dakwa ada saksi Inara Rusli dera anak

Inara didakwa lakukan keganasan terhadap anak-anaknya.

KAKAK kepada Virgoun mempertahankan penyanyi itu selepas dia didakwa mendera tiga anaknya.

Febby Carol sebaliknya mendedahkan isteri Virgoun iaitu Inara Rusli sebenarnya yang sering mendera anak-anaknya dan cuba meletakkan kesalahan itu kepada penyanyi berkenaan.

Wanita itu mendedahkan perkara itu ketika hadir sebagai saksi kes penceraian pasangan berkenaan di Mahkamah Agama Jakarta Barat baru-baru ini.

69857-febby-carol-kakak-virgoun-youtube-was-was

Kakak Virgoun dedah kelakuan ganas Inara.

Jelas Febby, ibunya iaitu Eva Manurung juga menyaksikan penderaan yang dilakukan Inara dengan memukul kepala dan mencengkam anaknya.

Dakwa Febby, selain dia dan ibunya, kejadian itu turut disaksikan oleh anak pasangan itu selain pembantu rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli dituduh seorang yang garang, pembantu rumah bertukar 50 kali

ARTIKEL BERKAITAN: Inara mahu tuntut hak royalti, rupanya ‘Surat Cinta Untuk Starla’ salah satu lagu dicipta bersama Virgoun

Sementara itu, Eva merayu kepada Inara agar tidak mendera cucunya jika dia mendapat hak penjagaan mereka kelak.

"Jika awak bercerai dengan anak saya, janganlah seksa cucu saya... Itu sahaja saya minta," katanya.

Sebelum ini, ada pihak mendedahkan Inara memang seorang yang garang dan pernah menukar 50 orang pembantu rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain