suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Kanye West muncul tak pakai baju, tutup payudara guna bantal

Bianca keluar bersiar-siar tanpa memakai baju.

ISTERI kepada penyanyi rap Kanye West iaitu Bianca Censori mencuri perhatian ramai apabila tampil di khalayak ramai tanpa memakai baju dan menutup bahagian payudaranya menggunakan bantal.

Daily Mail melaporkan Bianca turut menggayakan seluar ketat berona kulit yang seolah-olah memperlihatkan dia berbogel ketika melangkah keluar dari hotel penginapannya di Florence, Itali pada Rabu lalu.

Kemunculan Bianca dan Kanye berjaya dirakam paparazi yang mengekori pasangan itu.

kanye - 1

Penampilan isteri Kanye sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Sikap pelik wanita itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan dia tidak hormat kepada undang-undang negara berkenaan yang terkenal dengan amalan konservatif.

Sebelum ini, Bianca menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakan-rakan kerana kelakuan pelik yang sering dilakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West tayang punggung, Kim Kardashian bimbang anak-anak dapat malu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Kanye West nampak penat, riak wajah macam tak gembira teman suami

Kanye dan Bianca sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mereka ditangkap melakukan aksi tidak senonoh ketika berada dalam sebuah bot di Venice.

Penyanyi rap itu didakwa sengaja mendedahkan punggungnya sambil Bianca duduk dalam keadaan tunduk di celah kangkang kaki suaminya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain