suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat pelakon Julian Sands ditemukan selepas 6 bulan hilang

Julian disahkan meninggal dunia selepas enam bulan hilang.

PELAKON asal Britian iaitu Julian Sands disahkan meninggal dunia susulan penemuan sisa tubuh manusia di kawasan pergunungan San Gabriel, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Perkara itu disahkan pihak berkuasa sekali gus menamatkan misi mencari Julian, 65, yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti mendaki gunung pada Januari lalu.

Bagaimanapun punca kematian mendiang masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Julian yang pernah membintangi filem berjudul A Room With A View dilaporkan hilang pada 13 Januari lalu ketika dia sedag mengikuti ekspedisi mendaki gunung.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Choi Sung Bong tak dituntut keluarga, sempat mohon maaf tipu sakit kanser

Menerusi laporan sebelum ini, pada hari Julian dilaporkan hilang cuaca buruk melanda kawasan pergunungan tersebut.

Misi mencari Julian sebelum ini pernah dihentikan seketika berikutan keadaan cuaca yang menghalang kru terbabit menjejaki mayat pelakon tersebut.

Dua hari selepas dilaporkan hilang, pihak berkuasa berjaya mengesan kedudukan Julian yang cuba mencari jalan pulang namun ia hilang tidak lama kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain