suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati Atta Halilintar tergores, netizen tergamak kata Ameena anak down syndrome

Atta kecewa anaknya dihina netizen.

PERSONALITI media sosial, Atta Halilintar tidak memahami kesalahan apa sudah dilakukan anak perempuannya iaitu Ameena apabila kanak-kanak itu sering menjadi mangsa kecaman netizen.

Apa lebih menyakitkan kata Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 29, ramai menghina Ameena sebagai kanak-kanak dengan masalah down syndrome.

"Apa salah anak saya dengan anda? Anak saya banyak kekurangannya di mata anda?

"Dipanggil down sindrom, bodoh dan lain-lain. Ini baru sikit masih banyak lagi yang mengata anak kami," katanya.

atta1 - 1

Atta kecewa dengan tindakan netizen yang melampau.

Atta berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Atta turut meluahkan rasa kesal kerana isterinya, Aurel Hermansyah yang sedang hamil juga dikatakan menerima pesanan mesej yang menghentam Ameena.

Kata Atta, biarpun dia bergelumang dalam dunia hiburan, namun ia bukan satu alasan untuk keluarganya menerima hinaan lebih-lebih lagi Ameena.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar menggigil gembira Aurel hamil anak kedua, tak percaya Ameena bakal dapat adik

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar bengang netizen sindir badan isteri semakin berisi... anggap seolah-olah hina ibu sendiri

"Sudah seminggu saya diam tapi makin banyak yang mengata anak saya. Isteri saya hamil pun terima DM maki-maki anak saya. Kesian ibu yang sedang hamil.

"Tidak ada ibu bapa yang mahu anak mereka dihina begini. Jangan kerana kerja kami dalam dunia hiburan memberi anda tiket menghina anak perempuan kami," ujarnya.

Sementara itu, Atta juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membandingkan anak-anak dengan anak orang lain.

atta2 - 1

Anak Atta dan Aurel turut terkena tempias kecaman netizen.

Atta berharap situasinya ini menjadi pengajaran buat semua dan yakin semua anak-anak yang dilahirkan adalah pemberian terbaik buat ibu bapa.

"Tak perlu bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Semua anak-anak itu pemberian Tuhan yang terbaik buat kita. Semoga jadi pengajaran bersama," katanya.

Untuk rekod, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain