suria

Selepas hampir setahun akhirnya Rihanna kongsi nama anak... tapi netizen pula keliru cara sebutan

Rihanna berkongsi nama anak lelakinya.

SELEPAS hampir setahun bergelar ibu dan bapa, akhirnya Rihanna dan kekasihnya A$AP Rocky mendedahkan nama anak lelaki pertama mereka iaitu RZA Athelson Mayers.

Mirror UK melaporkan, nama itu dipilih sebagai penghormatan kepada penyanyi rap dan penerbit, Robert Diggs yang lebih dikenali sebagai RZA.

RZA terkenal kerana mengetengahkan kolektif hip hop Wu Tang Clan yang mana album kedua mereka yang berjudul Wu Tang Forever mendahului carta di Amerika Syarikat dan United Kingdom selepas dilancarkan pada 1997.

rihannaa - 1

Rihanna kini sedang hamil anak kedua.

Dalam pada itu, nama tengah bagi anak Rihanna dipilih sempena nama kekasihnya iaitu Rakim Mayers dan gabungan nama pentas ASAP Rocky.

Sejak pendedahan nama anak lelaki penyanyi lagu Umbrella itu dibuat, timbul tanda tanya tentang cara menyebut RZA yang menyebabkan rata-rata peminat di media sosial menjadi keliru.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum cukup setahun bersalin anak pertama, Rihanna mengandung lagi... Sengaja tayang baby bump bagi 'hint'

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak tahu Rihanna hamil lagi, harap dapat cucu perempuan

Terdapat sesetengah peminat di Twitter yang menyebutnya sebagai 'razor' (pisau cukur), manakala yang lain mempersoalkan jika nama RZA disebut sebagai 'reza'.

Bagaimanapun, sebutan yang betul dipercayai mengikut cara nama pentas penyanyi rap RZA iaitu 'rizza'.

Pada Februari lalu, penampilan Rihanna mencuri tumpuan ramai apabila penyanyi itu dikatakan seakan-akan sengaja memaklumkan tentang berita kehamilan anak keduanya di acara Super Bowl 2023 dengan menonjolkan bahagian perutnya.

Untuk rekod, Rihanna melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei 2022, namun tidak mendedahkan nama anaknya kepada umum.

Rihanna dan A$AP Rocky mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020 selepas beberapa tahun berkenalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain