suria

Cinta Leonardo DiCaprio dan Gigi Hadid kembali bertaut

Ramai yang menantikan status sebenar hubungan Leonardo dan Gigi.

HUBUNGAN antara pelakon Leonardo DiCaprio dan model Gigi Hadid kembali hangat diperkatakan apabila kedua-duanya dilihat mesra meluangkan masa bersama dalam sebuah majlis.

People melaporkan pasangan itu hadir pada acara pesta meraikan pra Anugerah Oscar yang dianjurkan oleh Darren Dzienciol dan Richie Akiva.

“Leo dan Gigi bersama di sebuah khemah jauh dari orang lain. Mereka cuba untuk tidak terlalu terdedah kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular foto Leonardo DiCaprio dikelilingi model cantik... Peminat tertanya status hubungan dengan Gigi Hadid

“Mereka meluangkan masa bersama sepanjang malam dan dilihat tidak beranjak dari tempat itu,” jelas sumber berkenaan.

Pada September tahun lalu, mereka mula dikatakan rapat dan mengenali antara satu sama lain selepas sebulan Leonardo berpisah dengan bekas teman wanitanya, Camila Morrone.

Bagaimanapun hubungan itu tidak bertahan lama kerana mereka lebih memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya dan Gigi sendiri lebih mengutamakan tugas sebagai seorang ibu.

Untuk rekod, Gigi pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi Zayn Malik dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bersama yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain