suria

Ashraf Sinclair tetap di hati! Bunga Citra Lestari buat ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun perkahwinan

Bunga menziarahi pusara Ashraf pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

PELAKON dan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan dia kini tidak mempunyai tempat berkongsi kisah suka dan duka selepas kematian suami tercinta iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2020.

Penyanyi lagu Cinta Yang Terindah itu meluahkan rasa rindu terhadap arwah bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada 8 November lalu.

"14 tahun dahulu kita berjanji untuk mencintai satu sama lain. Sekarang kita sudah berbeza dunia dan kehidupan saya di sini tidak sama lagi.

"Awak akan sentiasa berada di dalam hati saya," katanya.

Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair.

Bunga berkongsi perkara itu menerusi vide yang dimuat naik di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang menziarahi pusara Ashraf di Jakarta, Indonesia.

Ramai turut bersedih dengan perkongsian Bunga tersebut selain memuji ketulusan cintanya terhadap arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bunga Citra Lestari jawab spekulasi hamil, kuat makan punca nampak buncit... "Biasalah perut mak-mak"

ARTIKEL BERKAITAN: Foto perut buncit Bunga Citra Lestari tersebar, peminat petik nama Aeril Noah

"Bunga sangat sayangkan Ashraf dan sibuk menjaga anak mereka. Semoga arwah bahagia di alam sana.

"Orang yang tidak terganti oleh Bunga ialah Ashraf dan semoga jodoh kamu berdua kekal di dunia dan juga di akhirat," kata peminat.

Untuk rekod, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di Jakarta akibat serangan jantung pada usia 41 tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain