suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dokumen saman fitnah terbongkar, Johnny Depp didakwa mati pucuk

Banyak kisah peribadi Depp dan Heard yang didedahkan.

KISAH saman fitnah antara Johnny Depp dan bekas isteri, Amber Heard masih lagi menjalani bualan ramai kerana kedua-duanya dilihat seakan-akan tidak mahu mengalah dengan keputusan mahkamah sebelum ini.

Terbaharu dalam satu dokumen pendakwaan, Depp dikatakan mempunyai masalah mati pucuk yang mendorong dia melakukan keganasan terhadap Heard ketika mereka masih bergelar suami isteri.

"Meskipun Depp tidak mendedahkan masalah yang dihadapi, ia sangat relevan menjadi punca kepada keganasan termasuk tindakan dia menggunakan botol untuk merogol Heard," jelas satu dokumen yang difailkan sebelum ini seperti yang dipetik dari Daily Mail.

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard isytihar bankrap, mohon rayuan semula kes saman fitnah terhadap Johnny Depp

Bagaimanapun isu tersebut tidak dibangkitkan dalam perbicaraan sebelum ini kerana kedua-dua pihak bersetuju untuk menyorokkan hal peribadi termasuk gambar bogel Heard yang dibawa oleh Depp sebagai bahan bukti.

Heard mendakwa Depp mengambil ubat bagi mengatasi masalah lelaki yang dialaminya itu namun disebabkan tidak berhasil, dia menjadi mangsa ketika mereka melakukan hubungan intim.

"Disebabkan tidak boleh beraksi dengan baik, dia akan campak saya ke atas katil. Dia melakukan perkara itu beberapa kali. Dia paksa untuk melakukan hubungan dalam keadaan marah," dakwa Heard.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia