suria

Tular video perkahwinan dengan jejaka Arab, Laudya Chintya Bella doa terhindar daripada fitnah

Laudya menyangkal dakwaan sudah berkahwin.

SEJAK beberapa hari lalu, timbul gosip mengatakan pelakon terkenal Indonesia iaitu Laudya Chintya Bella telah melangsungkan pernikahan melalui proses ta'aruf dengan seorang jejak Arab yang menetap di Dubai.

Enggan terus membiarkan spekulasi itu terus bertebaran, Laudya menerusi pengurusnya, Rita menyangkal dakwaan tersebut dan mengesahkan berita tersebut sebagai palsu.

"Minta maaf, berita itu sangat tidak benar," kata Rita kepada MNC Portal Indonesia.

Rita menjelaskan penjelasan itu diharap dapat menghentikan fitnah terhadap Laudya dan peminat tidak mudah percaya dengan khabar angin berkenaan.

"Semoga kita semua terhindar daripada fitnah. Barakallahufik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi rumah tangga dengan Engku Emran kembali hangat, Noor Nabila padam semua gambar suami di IG

Gosip mengenai perkahwinan Laudya itu timbul selepas viral sebuah video di TikTok memaparkan sebuah majlis perkahwinan kononnya milik Laudya dengan seorang kerabat di raja dari Dubai.

Meskipun wajah pengantin perempuan tidak jelas, namun ramai mendakwa itu adalah Laudya.

Lebih menguatkan cerita, pelakon itu dikatakan sering terbang ke Dubai untuk bertemu dengan 'putera' rajanya.

Sebelum ini, Laudya pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada September 2017 namun rumah tangga itu tidak bertahan lama dan mereka bercerai pada Julai 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain