suria

Selepas 2 penari dihempap skrin LED, pekerja konsert Psy pula maut jatuh pada ketinggian 20 meter

Konsert Psy berlangsung di Gangwon pada 30 Julai 2022.

SELEPAS insiden sebuah skrin gergasi LED menghempap dua orang penari di konsert kumpulan kantopop, Mirror di Hong Kong baru-baru ini, satu lagi kejadian dilaporkan di Korea Selatan.

Seorang pekerja am meninggal dunia ketika sedang sibuk membuka pentas konsert penyanyi Psy iaitu Summer Swag 2022 di Gangwon.

Menurut laporan media di negara itu, lelaki berasal dari Mongolia itu terjatuh daripada ketinggian 20 meter ketika sedang menurunkan lampu pada sebuah tiang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali Khan dan Janhvi Kapoor hampir maut ketika mendaki, tergantung di tebing 30 minit

Lelaki berusia 20-an itu dikejarkan ke hospital namun mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.

Polis turut menyiasat punca kejadian itu yang berlaku pada 30 Julai lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain