suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Madonna pilih untuk buat sendiri filem biopik tentang kisah hidupnya

Madonna nekad untuk menulis skrip dan mengarah filem biopik tentang dirinya.

BINTANG terkenal dunia, Madonna memilih untuk menghasilkan sendiri filem biopik mengenai kisah hidupnya.

Perkara itu dibuat kerana Madonna enggan mendapat campur tangan daripada pihak luar terutama golongan lelaki anti-wanita atau Misogini.

"Saya memiliki kehidupan luar biasa. Jadi saya yang seharusnya menghasilkan sendiri filem itu.

"Ini juga langkah pencegahan supaya tiada sesiapa yang akan campur tangan lebih-lebih lagi lelaki misoginis," katanya.

Penyanyi berusia 63 tahun itu turut menggalas peranan sebagai pengarah dan penulis skrip bersama Diablo Cody (Juno).

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan tiga tahun, hubungan cinta Madonna dengan 'boyfriend' muda berakhir

Madonna turut memberitahu filem tersebut akan diselitkan dengan unsur muzikal.

"Muzik membuatkan hidup saya terus berjalan dan seni inilah yang membuatkan saya tetap hidup," ujarnya.

Aktres Julia Garner dilaporkan akan memegang watak sebagai Madonna.

Selain Garner, barisan nama lain seperti Florence Pugh, Alexa Demie, Odessa Young, Bebe Rexha dan Sky Ferreira.

Terdahulu Madonna pernah menentang tindakan Universal Pictures yang dikhabarkan ingin menghasilan filem biopik tentang dirinya pada 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia