suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mutia Ayu sering mimpi mendiang suami, berbual tentang jodoh... Glenn Fredly tak izin kahwin lagi!

Mutia selalu mimpikan Glenn.

SELEPAS dua tahun kehilangan suami tercinta, penyanyi Mutia Ayu mengakui sering bermimpi dan berbual dengan mendiang Glenn Fredly.

Kata Mutia, 27, antara perbualan dalam mimpi itu ialah tentang mencari jodoh baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Glenn Fredly meninggal dunia akibat radang otak

"Saya sering bertanya kepada dia dalam mimpi, boleh atau tidak bercinta lagi. Terus dia akan jawab tidak boleh.

"Bagaimana saya mahu cari pengganti kalau dia katakan jangan!" ceritanya dalam saluran Youtube Maia Aleldul TV.

Oleh kerana cinta yang terlalu mendalam, Mutia berkata sukar untuknya melupakan Glenn.

Malah sehingga kini dia masih belum boleh bangkit sepenuhnya dari kesedihan.

"Jika ditanya berapa lama untuk saya kembali bangkit, jujur sehingga sekarang ini masih belum boleh move on," ujarnya.

Glenn yang popular dengan lagu Januari meninggal dunia selepas menjalani pembedahan akibat radang otak pada 8 April 2020.

Dia bernikah dengan Mutia pada Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain