suria

Bimbang 13,000 penonton lari, Ria Ricis teruskan IG Live sambil buang air kecil

Ria Ricis akui kerap buang air kecil kerana sedang hamil.

NAMA YouTuber Indonesia terkenal iaitu Ria Ricis kembali menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial gara-gara meneruskan siaran langsung di Instagram ketika dirinya sedang membuang air kecil.

Menerusi video tersebut, Ria yang sedang berborak dengan netizen ketika membuat IG Live secara tiba-tiba memberitahu dia tidak tahan untuk membuang air kecil.

Enggan mengakhiri IG Live tersebut, Ria mengajak semua penonton menemaninya ke tandas dengan meletakkan posisi kamera ke belakang tanpa melihatnya sedang membuang air kecil.

"Guys, saya nak beritahu... saya nak buang air kecil tapi tak mungkin kalau kalian nak ikut saya buang air kecil. Tak mungkin juga saya nak tinggalkan (IG Live).

Ria 1

Netizen kurang senang dengan tindakan Ria meneruskan IG Live ketika membuang air kecil.

"Oh begini saja, kalian ikut saya ke tandas tapi kameranya saya hadap ke belakang ya. Macam mana? Kalian teman saya kencing ya," kata Ria.

Menurut Ria yang kini sedang hamil cahaya mata pertama, dia tidak mahu kehilangan jumlah penonton yang sedang menonton IG Live yang dilakukannya.

"Sumpah nak terkencing. Dah nama ibu sedang hamil. Ini kalau tinggalkan, penonton pun lari, kalau ikut, kalian nampak saya kencing," katanya lagi.

Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang menganggap Ria sanggup melakukan perkara itu hanya disebabkan 'content'.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain