suria

Berlakon dalam satu drama, ini alasan Kim Woo Bin tidak diberi watak kekasih Shin Min Ah

Woo Bin dan kekasih terima tawaran berlakon sama.

SELEPAS enam tahun berehat kerana bertarung dengan penyakit kanser, pelakon Kim Woo Bin bakal muncul semula dalam drama terbaharu berjudul Our Blues.

Menarik tentang drama ini, ia turut menampilkan Shin Min Ah yang merupakan kekasih kepda Woo Bin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Woo Bin bebas kanser, mula rancang kahwin dengan Shin Min Ah tahun ini selepas enam tahun bercinta

Bagaimanapun menurut penulis skrip drama, Noh Hee Kyung, mereka tidak digandingkan sebagai pasangan bercinta kerana bimbang kedua-dua akan menolak tawaran ini jika menjadi pasangan dalam drama.

“Saya pasti mereka akan katakan tidak jika digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam drama ini.

“Jadi saya tawarkan untuk berlakon sama tetapi melalui jalan cerita cinta yang berbeza dan mereka tidak adalah masalah untuk terima.

“Kedua-duanya sangat profesional dan saya tidak bimbang untuk tawarkan berlakon dalam drama sama,” jelasnya seperti yang dipetik dari All Kpop.

Sementara itu dalam keterujaan kembali berlakon, Woo Bin turut meluahkan rasa gementar kerana sudah lama tidak tampil dengan drama baharu.

“Lama saya berehat dan saya rasa sangat gementar. Saya bersyukur dapat kembali berlakon dan berikan sesuatu kepada peminat.

“Apabila diberitahu berlakon dengan barisan pelakon hebat, saya juga jadi gementar dan dalam masa sama amat teruja,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain