suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh! Nia Ramadhani dikhabarkan bakal bercerai

Nia Ramadhani dan suami kini di pusat pemulihan dadah. FOTO KAPAN LAGI.

RUMAH TANGGA pelakon sensasi Indonesia Nia Ramadhani yang dibina bersama ahli perniagaan Ardi Bakrie selama lebih 10 tahun dikhabarkan sedang berantakan.

Seperti dipetik Kapan Lagi, Nia didakwa bakal memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya biarpun kedua-dua mereka kini berada di pusat pemulihan akibat penyalahgunaan dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata Nia Ramadhani sembab, menangis dijatuhi hukuman penjara 1 tahun kerana dadah

Bagaimanapun, Ketua Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Taslimah tidak menerima sebarang dokumen pasangan itu.

“Sehingga kini 15 Mac belum ada lagi nama pasangan itu diajukan pada pihak kami.

“Tidak ada sebarang dokumen perceraian untuk dua nama itu,” ujarnya.

Screen Shot 2022-03-18 at 6.43.33 PM

Nia dan Ardi berkahwin pada 2010.

Nia Ramadhani berkahwin dengan Ardie Bakrie pada 2010 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zaladrie Bakrie.

Sementara itu, pihak keluarga Nia Ramadhani dan Ardi masih mengunci mulut ketika ditanya tentang perkara itu.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama pasangan ini digosip bakal bercerai. Namun sehingga kini kedua-dua mereka masih bertahan sebagai suami isteri.

Pihak media Kapan Lagi masih berusaha menghubungi pihak tertentu bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Pada Januari lalu, Nia dan suaminya dijatuhi hukuman penjara setahun akibat penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia