suria

Pernah terlibat inkues Teoh Beng Hock, Dr Porntip dipanggil sertai bedah siasat kedua Tangmo Nida… Akui kes pelik sejak awal

Dr Porntip akui ada keraguan terhadap punca kematian Tangmo Nida.

SIASATAN kes kematian pelakon Tangmo Nida semakin rumit selepas satu demi satu petunjuk dilihat bertentangan dengan fakta awal dikeluarkan pihak polis.

Bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, satu panel khas akan dipilih Jawatankuasa Senat hak asasi manusia, kebebasan dan perlindungan untuk meneliti siasatan polis yang sedang dijalankan berhubung kematian pelakon itu.

Salah seorang ahli jawatankuasa itu ialah pakar patologi forensik terkenal Thailand iaitu Dr Porntip Rojanasunan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ragu siasatan polis, peminat Tangmo Nida berhimpun tuntut keadilan!

ARTIKEL BERKAITAN: Upacara pembakaran Tangmo Nida ditunda, mayat dipindahkan semula ke pusat forensik

Dr Porntip sebelum ini juga pernah terlibat dalam bedah siasat inkues mendiang Teoh Beng Hock pada tahun 2009.

Beng Hock yang merupakan pembantu politik kepada exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Mazalam, Shah Alam.

Screenshot 2022-03-16 at 9.53.21 PM

Punca kematian Tangmo Nida kekal misteri.

Bagi kes Tangmo, Dr Porntip menjadi pemerhati bedah siasat kedua seperti diminta oleh ibu mendiang, Panida Siriyuthayothin.

Kata Dr Porntip, bedah siasat kedua akan merungkai lebih banyak persoalan terutamanya tentang luka besar pada paha Tangmo iaitu sama ada ia berlaku sebelum atau selepas pelakon itu terjatuh ke dalam sungai.

"Kes ini memang pelik sejak awal lagi," katanya ketika diminta mengulas mengenai kes berkenaan.

tangno funeral 2

Keluarga minta Dr Porntip kendalikan bedah siasat kedua.

Sebelum itu, Dr Porntip melalui Facebook mengulas mengenai salah faham orang ramai termasuk keluarga Tangmo yang mempercayai hanya polis mempunyai akses kepada laporan forensik mangsa.

Jelasnya mengikut undang-undang, doktor forensik mempunyai kewajipan untuk mendedahkan kebenaran tetapi memandangkan bedah siasat ini disepadukan di bawah siasatan polis, maka proses itu mungkin tidak telus seperti yang sepatutnya.

Dr Porntip bukanlah nama asing dalam bidang forensik. Pakar patologi forensik itu pernah terlibat dalam proses pengecaman mangsa Tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.

tangmo pemakaman 2

Pemakaman ditangguhkan kerana keluarga mahu bedah siasat kedua mayat Tangmo dilakukan.

Beliau pernah merungkai pelbagai kes berprofil tinggi di Thailand dan sering mengkritik polis berhubung pengendalian bukti forensik.

Sepanjang kariernya, Dr Porntip bekerja secara bebas daripada polis dan melaporkan terus kepada Kementerian Kehakiman.

Pemakaman mendiang Tangmo yang sepatutnya berlangsung pada Isnin lalu ditangguh susulan permintaan autopsi kedua oleh Panida.

Sumber: Bangkok Post

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain