suria

Netizen bongkar sikap sebenar kekasih Tangmo... Tak tumpang populariti, pernah live IG jual baju hanya 7 orang penonton

Bird tak pernah guna populariti Tangmo Nida.

NAMA teman lelaki kepada mendiang Tangmo Nida iaitu Bird mula menjadi sebutan netizen di laman sosial.

Selain mengagumi kisah cinta pasangan ini, rata-rata peminat turut memuji sikap Bird yang tidak putus asa berusaha mencari rezeki tanpa mengharapkan bantuan teman wanita.

Menurut laporan Komchadluek, Bird sebelum ini pernah melakukan jualan pakaian secara langsung di Instagram dengan hanya tujuh orang penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedihnya... Kekasih bawa cincin kahwin, minta forensik pakaikan di jari Tangmo Nida buat kali terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga serah ‘baju terakhir’ Tangmo Nida, proses solek mayat sukar... Upacara pembakaran Isnin ini

Meskipun dia merupakan kekasih kepada aktres terkenal, Bird sama sekali tidak pernah menggunakan Tangmo sebagai modal untuk menarik jumlah tontonan live berkenaan.

Bukan itu sahaja, sumber terdekat sebelum ini memaklumkan Tangmo pernah menawarkan pekerjaan kepada Bird, namun dia tetap memilih untuk bekerja sendiri dengan menjual baju.

tangmo 1

Tular video Bird pernah menjual baju dengan jumlah tontonan tidak sampai 10 orang walaupun dia kekasih seorang selebriti.

Seorang sahabat Tangmo memberitahu Bird merupakan salah seorang individu terdekat yang tidak mahu mengambil apa-apa keuntungan atas kematian aktres berusia 38 tahun itu.

Jejaka ini juga cuba mengelakkan diri daripada media dan enggan menggunakan populariti kekasihnya.

Gara-gara itu, peminat menilai Bird sebagai seorang lelaki yang tulus mencintai Tangmo dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Selepas kematian Tangmo, penampilan Bird dilihat sedikit berbeza apabila dia menggunting pendek rambutnya.

tangmo bf 3

Netizen kagum kisah cinta Tangmo Nida dan Bird.

Menurut rakan mendiang iaitu Amena, Bird masih lagi bersedih dan keadaan mentalnya terjejas sejak berita kematian aktres itu.

Hadir memberi penghormatan terakhir di upacara pengebumian Tangmo di Gereja Liberty Bangkok pada Jumaat lalu, Bird dilihat antara yang bersemangat menguruskan persediaan majlis.

Paling menyayat hati, Bird membawa bersama bunga pemberian Tangmo sembilan tahun lalu dan cincin untuk melamar mendiang.

Katanya, cincin tersebut merupakan pilihan Tangmo untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Untuk rekod, mayat Tangmo ditemui selepas tiga hari terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya pada 26 Februari lalu.

Pelbagai spekulasi timbul berkaitan punca kematian namun sebelum ini pihak polis telah pun menjelaskan Tangmo meninggal dunia akibat lemas kerana terdapat kesan lumpur pada paru-paru

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain