suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat minta kembali kepada Ariel... Luna Maya bosan diaju soalan sama, suruh tanya tuan badan sendiri

Luna Maya selesa hidup solo tanpa kekasih.

MESKIPUN hubungan cinta Ariel dan Luna Maya sudah lama berakhir, namun peminat masih lagi mengharapkan kedua-duanya kembali bersatu.

Menurut laporan Tabloid, Luna mengakui bosan kerap diajukan soalan sama mengenai cinta dengan vokalis kumpulan Noah itu.

"Kenapa selalu tanya itu (kembali kepada Ariel), tanya la Ariel sendiri.

"Nanti kalau saya dah dengar jawapan dia, baru saya jawab. Berani tak nak tanya? Tak berani kan?" katanya kepada sekumpulan media pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Luna memberitahu dia sedang bahagia melalui kehidupan tanpa kekasih.

"Saya jalani kehidupan seperti biasa sahaja, mahu ada atau tidak. Adakah tujuan hidup kita akhirnya hanya untuk bernikah?

"Itulah pemikiran ramai orang! Kalau saya pula fikir banyak tujuan baik lain dengan pelbagai cara. Kalau memang dapat rezeki itu di sini Alhamdulillah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia