suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jung Ho Yeon menangis tewaskan Jennifer Aniston di SAG Awards 2022

Ho Yeon terharu menerima pengiktirafan antarabangsa

DALAM kegembiraan pelakon Jung Ho Yeon juga tidak dapat menahan air mata selepas namanya diumumkan sebagai pelakon drama wanita terbaik dalam Screen Actors Guild Awards (SAGA) 2022 yang berlangsung di California, Amerika Syarikat pada Isnin.

Ho Yeon memberitahu dia menjadikan semua pelakon yang berada di hadapannya ketika menerima anugerah tersebut sebagai inspirasi untuk terjun ke dunia lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Ho Yeon kini aktres wanita paling ramai pengikut IG tewaskan Lee Sung Kyung dan Song Hye Kyo

“Saya melihat anda semua dalam filem dan selalu bercita-cita mahu menjadi pelakon.

“Anda semua telah membuka pintu buat saya. Terima kasih semua,” ujar Jung Ho Yeon yang memenangi kategori tersebut menerusi lakonannya dalam drama bersiri Squid Game.

Ho Yeon menewaskan empat calon lain iaitu Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon dari drama The Morning Show, Elisabeth Moss (The Handmaid’s Tale) serta Sarah Snook (Succession).

Sebelum itu ketika acara karpet merah dia juga memberitahu perasaan teruja apabila pertama kali dicalonkan dalam anugerah berprestij itu.

“Satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan.

“Semuanya berlaku terlalu pantas dan saya tidak dapat bayangkan ini berlaku dalam kehidupan saya,” katanya. -PEOPLE

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain