suria

Melampau! Kekasih pembantu rumah sebar foto tak bertudung isteri Virgoun dengan kapsyen tak senonoh

Virgoun dan isteri buat laporan polis.

ISTERI kepada penyanyi Indonesia Virgoun iaitu Inara Rusli bengang apabila foto tidak berhijab disebarkan oleh kekasih pembantu rumahnya di laman sosial Facebook.

Bukan itu sahaja, Inara berkata, dia turut diejek dengan kata-kata tidak sepatutnya oleh pihak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat luah hasrat mahu jadi isteri kedua Virgoun - “Hati saya sudah dimiliki isteri dan anak-anak”

Justeru itu, Inara bersama Virguan membuat laporan polis di Polres Metro Jakarta Barat dengan dakwaan mencemarkan nama baiknya.

“Terima kasih kepada pihak polis kerana membantu kami menyelesaikan masalah ini sehingga tidak perlu ke peringkat mahkamah.

Virgoun dan isteri buat laporan polis.

Inara kesal dengan tindakan pembantu rumahnya.

"Biarlah Allah yang membalas perbuatannya. Di sini kami bukan niat menzalimi seseorang, kami cuma mahu menegakkan keadilan dan memberi pengajaran kepada siapa pun untuk menjaga moral, etika dan bijak menggunakan media sosial,” ujar Virgoun.

Dalam pada itu, Inara juga memberitahu dia sudah memecat pembantu rumah serta merta dengan bayaran gaji yang sepatutnya.

Sementara itu, pembantu rumah serta kekasih sudah membuat permohonan maaf secara terbuka dan sedia jika diambil tindakan undang-undang. - LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain