suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vanessa Angel datang dalam mimpi sahabat baik, arwah nampak tidak tenang

Marissya mimpi sahabat baiknya itu berada dalam keadaan tidak tenang.

SAHABAT baik Allahyarham Vanessa Angel iaitu Marissya Icha mengakui didatangi oleh rakannya itu dalam mimpi, baru-baru ini.

Menurut laporan Suara, peristiwa mimpi itu dialami menjelang 100 hari pemergian Vanessa dan suami Bibi Ardiansyah.

Menurut Marissya, dalam mimpi itu dia melihat Vanessa Angel berada dalam keadaan tidak tenang.

Ini berkemungkinan disebabkan oleh beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan selepas pemergian pasangan selebriti itu.

Menyedari tindakan segelintir pihak itu, Marissya berkata dia memilih untuk tidak masuk campur urusan keluarga arwah.

"Saya tak mahu tambah masalah. Makanya saya undur diri dulu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia