suria

[VIDEO] Rupa-rupanya Shah Rukh Khan tak balik rumah, ‘check in’ hotel sejak Aryan masuk penjara demi elak jumpa peminat dan media

Shah Rukh Khan tiada di kediamannya sepanjang 25 hari Aryan ditahan di penjara.

SEJAK berita penahanan Aryan Khan yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah menjadi tumpuan ramai, rupa-rupanya bapanya yang juga aktor terkenal Bollywood Shah Rukh Khan tidak pernah pulang ke rumah.

Perkara itu dikesan selepas bintang ternama itu dilihat tiba di kediaman mewahnya yang diberi nama Mannat pada Khamis malam sebaik Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan.

Ia tentunya mengukuhkan lagi spekulasi sebelum ini bahawa Shah Rukh Khan tidak berada di Mannat sejak kes ini tercetus.

Sebaliknya dilaporkan sepanjang tempoh tersebut Shah Rukh Khan mendaftar masuk di hotel Trident Mumbai.

Tindakan itu dikatakan bagi mengelak dia ditemui pihak media dan peminat yang berkampung di hadapan Mannat setiap hari.

Bukan itu sahaja, Shah Rukh Khan juga tidak menaiki kereta BMW yang biasa dilihat namun menggunakan Hyundai Creta untuk berulang-alik.

Sementara itu, Aryan dijangka keluar dari penjara Arthur Road pada Sabtu pagi selepas segala proses ikat jamin diselesaikan.

Berusia 23 tahun, Aryan Khan ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai pada awal bulan ini. - TIMES OF INDIA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain