suria

[VIDEO] Macam pesta Deepavali depan rumah, peminat Shah Rukh Khan bersorak dengan paluan gendang sambut kepulangan ‘prince’ Aryan Khan

Kelihatan Aryan (kiri) sebelum memasuki kenderaan yang mengambilnya di penjara Arthur Road.

SAAT yang paling ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila anak aktor Bollywood terkenal Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kembali ke rumah pada Sabtu selepas hampir sebulan ditahan di penjara berhubung dakwaan kes dadah.

Ketibaan Aryan, 24, disambut meriah dengan sorakan peminat bapanya yang berkumpul di luar kediaman mewah mereka yang diberi nama Mannat.

Bagaikan pesta menyambut perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi, peminat yang hadir turut memukul gendang dengan rentak dhol yang kebiasaannya dimainkan sebagai muzik pengiring.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rupa-rupanya Shah Rukh Khan tak balik rumah, ‘check in’ hotel sejak Aryan masuk penjara demi elak jumpa peminat dan media

Mereka juga membawa sepanduk besar, mengalu-alukan kepulangan 'putera' Aryan Khan namun mereka yang berkumpul di luar Mannat tidak dapat melihat wajah pemuda itu ketika keretanya masuk ke dalam rumah.

Sebelum itu, suasana di luar penjara Arthur Road juga dipenuhi dengan orang ramai sehingga anggota polis terpaksa dikerahkan untuk membuat kawalan bagi mengelak sebarang tidak diingini berlaku.

Peminat yang hadir juga cuba melihat kelibat Shah Rukh Khan namun kecewa kerana mereka tidak dapat melihat wajah superstar itu dan terpaksa mengandaikan bahawa dia berada di dalam kenderaan yang tiba untuk mengambil Aryan.

Bagaimanapun Aryan dilihat masuk ke dalam kereta ketika pengawal peribadi Shah Rukh Khan tiba untuk mengambilnya dari penjara Arthur Road.

Pada Khamis lalu Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan.

Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Menurut laporan media, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar. - HINDUSTANT TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain