suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luna Maya mengaku pernah bermusuhan dengan Ariel Noah selepas putus cinta gara-gara emosi tak stabil

Luna pernah bercinta dengan Ariel dan berpisah pada 2010.

UMUM mengetahui pelakon Luna Maya pernah bercinta dengan penyanyi Ariel Noah namun hubungan cinta itu berakhir pada 2010.

Memetik laporan Liputan6, Luna mendedahkan dia pernah bermusuhan dengan Ariel selepas mereka berpisah.

Bagaimanapun Luna mengakui ketika itu dia berada dalam keadaan beremosi namun begitu sehingga kini hubungan mereka masih baik.

"Sekarang saya sudah matang. Dahulu mungkin masih dalam keadaan emosi dan sebab itu boleh jadi bermusuhan. Sedangkan boleh saja berkawan baik," kata Luna.

Biarpun mereka sudah tidak bersama namun rata-rata peminat masih berharap Luna akan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Ariel.

Sebelum ini, Luna pernah menegaskan bahawa dia tidak akan pernah kembali bersama dengan Ariel.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain