suria

Bukan senang dekati anak perempuan Shah Rukh Khan, ini syaratnya jika mahu cuba nasib

Shah Rukh Khan bersama dua anaknya, Aryan Khan dan Suhana Khan.

SELAIN Aryan Khan, anak perempuan Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan turut menjadi tumpuan peminat.

Menurut laporan Tabloid, Shah Rukh Khan memberitahu dia sentiasa mengawasi pergaulan dan kehidupan harian anak keduanya itu.

Ini kerana dia bimbang jika Suhana terjerat dengan lelaki yang salah sehingga boleh mencetus masalah kepada mereka sekeluarga.

Malah, pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai ini turut menyatakan syarat utama untuk seseorang lelaki yang mahu menjadi suami anak gadisnya yang kini berusia 21 tahun itu.

Antaranya mesti memiliki kerjaya bagi menjamin masa depan, selain perlu tahu dia akan memantau Suhana setiap masa.

suhana khan 1

Anak-anak SRK, dari kiri; Aryan Khan, AbRam Khan dan Suhana Khan.

"Anggap sahaja saya tidak menyukai mereka. Tidak mudah untuk saya mempercayai seseorang lelaki begitu sahaja untuk mendekati anak gadis saya.

"Saya akan sentiasa berada di mana-mana, ingat itu, jadi jangan macam-macam," katanya.

Bukan itu sahaja, Shah Rukh Khan juga berharap bakal kekasih Suhana memiliki ilmu dalam bidang undang-undang kerana lebih mudah untuknya mengheret lelaki berkenaan ke muka pengadilan jika anaknya itu disakiti.

Dia juga dengan tegas mengingatkan anak gadisnya itu bukanlah piala yang boleh ditukar ganti sebarangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain