suria

Nia Ramadhani tak bayar gaji pemandu, tapi boleh bagi duit ‘tutup mulut’ bawa pergi kelab malam

Nia Ramadhani dikatakan pernah tidak membayar gaji pemandu peribadinya.

SEJAK ditahan akibat dadah, apa sahaja maklumat berkaitan pelakon Nia Ramadhani pasti menjadi perhatian ramai.

Terbaharu Nia Ramadhani dikatakan pernah tidak membayar gaji pemandu peribadinya.

Cerita itu muncul daripada pemandu bernama Ivan yang bekerja dengan Nia Ramadhani sejak berusia 13 tahun.

Ivan yang kini sudah berusia 18 tahun berkata, dia cukup mengetahui tentang aktiviti majikannya itu bahkan sering menghantarnya ke kelab malam.

Waktu itu Nia Ramadhani dikatakan masih aktif berkunjung ke pusat hiburan hingga awal pagi.

"Ada upah tutup mulut," ujar Ivan seperti yang dipetik daripada saluran YouTube Trans TV Offcial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun sesuatu yang mengejutkan diceritakan Ivan berhubung isu bayaran gaji.

Kata Ivan, pada ketika itu dia bagaimanapun rela untuk tidak dibayar gaji oleh pelakon Bawang Merah itu.

"Hakikatnya setiap hari dia ada penggambaran," kata Ivan dengan maksud bahawa tidak sepatutnya Nia Ramadhani tidak mempunyai wang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Nia Ramadhani, Ivan, pemandu peribadi

Artikel Lain