suria

Dua kali bercerai, penyanyi dangdut Indonesia Bebizie selesa bawa status janda

Bebizie akui ramai lelaki cuba mendekati dirinya.

PENYANYI dangdut terkenal Indonesia, Bebizie berkata dia masih belum terfikir untuk menamatkan status janda dalam masa terdekat.

Menurut laporan Kapanlagi, Bebizie yang sudah dua kali bercerai berkata kegagalan perkahwinan dahulu membuatkan dia lebih berhati-hati mengenai jodoh.

Penyanyi berusia 38 tahun ini memberitahu dia ingin memberikan fokus kepada anak-anak terlebih dahulu.

"(Kahwin) belum... belum mahu. Sudah pernah bernikah jadi sekarang mahu fokus karier, anak-anak dan ingin happy sahaja.

"Ya memang ada yang cuba dekati saya tapi saya dah beritahu belum mahu bernikah," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Bebizie atau nama sebenar Sari Sri Mulyati mengakui selesa memegang status janda buat masa ini dan belum terbuka hati untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki.



Bebizie belum terfikir kahwin lagi.

"Rasa bahagia bersama anak-anak saja kerana mereka masih bersekolah. Kalau mereka dah masuk kolej dan jarang berjumpa mungkin boleh fikir tentang kahwin.

"Cuma mungkin masa itu sudah lambat untuk bercinta, jadi lama-lama lebih senang hidup sendiri," ujarnya.

Menerusi dua perkahwinannya sebelum ini, Bebizie dikurniakan tiga orang anak iaitu Kayla Putri Atmaja, Kanaya Tiara Atmaja dan Fathan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain