suria

Ifan Seventeen, Citra Monica akhirnya disatukan sebagai suami isteri… majlis pernikahan disiarkan secara langsung

Dengan sekali lafaz, Ifan sah bergelar suami kepada model terkenal Citra Monica.

VOKALIS kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan selamat disatukan dengan kekasihnya yang juga model terkenal Indonesia, Citra Monica pada pagi Sabtu.

Menurut laporan Liputan6, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

Ifan sah menjadi suami kepada Citra dengan sekali lafaz dihadapan jurunikah, M Lubis di sebuah lokasi di Jakarta Barat, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ifan Seventeen temui pengganti, sah bertunang dengan Citra Monica

Dalam majlis tersebut, Ifan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai AS$3,500 (RM14,500), emas seberat 40 gram, set cincin berlian dan kelengkapan solat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu.



Keluarga restu perkahwinan Ifan dan Citra.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.

Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda.

Tragedi itu juga mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain