suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luna Maya bagi ‘hint’ sudah berpunya, tayang cincin di jari manis - “Dah nak nikah ke?”

Luna Maya tunjuk cincin dalam rakaman video tarian di TikTok.

PERKONGSIAN video pelakon Luna Maya menari di laman TikTok menarik perhatian netizen di media sosial.

Bukan kerana aksi tariannya, sebaliknya pengikut tertarik melihat cincin emas yang dipakai dalam video tersebut.

Menurut laporan HotDetik, Luna bersama empat sahabatnya dilihat menari di sebuah pantai yang tidak diketahui lokasinya.

"Yeah #foryourpage #fyp #lunamaya Rude Remix - DRXML, " tulis Luna pada ruangan kapsyen.

Pada akhir tarian, Luna mendekati kamera dan menunjukkan jari manisnya yang memakai cincin emas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tindakan Luna itu mengundang banyak pertanyaan daripada peminat yang turut membuat spekulasi aktres itu kini sudah berpunya.

"Wow! Kakak dah nak bernikah ke? Tak pernah nampak cincin tu.

"Wah seronoknya, berbeza betul dengan sebelum ini. Mungkin Luna baru sahaja dilamar," antara komen pengikut di TikTok.

Luna sehingga kini masih berdiam diri dan membiarkan netizen terus berteka-teki mengenai status dirinya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain