suria

Peminat sewa trak, bantah hubungan Lee Seung Gi dengan Lee Da In

Peminat bantah percintaan Lee Seung Gi dengan Lee Da In.

PEMINAT setia pelakon Lee Seung Gi sanggup menyewa sebuah trak beserta kata-kata bantahan mereka di atas berita mengenai kisah percintaan aktor itu dengan aktres Lee Da In.

Menurut mereka, aktor itu seharusnya memutuskan hubungan dengan Da In, 29, memandangkan rekod buruk keluarga teman wanitanya itu yang pernah terlibat dengan jenayah kolar putih sebelum ini.

Peminat tidak mahu kerjaya seni selama 17 tahun yang dibina Seung Gi, 34, musnah disebabkan dia mempunyai kaitan dengan keluarga Da In.

Kata-kata yang tertulis di trak itu 'Keluarga Da In telah membuatkan ramai pihak jadi mangsa' dan ia diletakkan berhampiran kawasan kediaman Seung Gi baru-baru ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bapa tiri Da In, Lee Hong Heon berkahwin dengan ibunya, Kyeon Mi Ri yang juga seorang pelakon veteran pada tahun 1998.

Hong Heon sebelum ini disabitkan kesalahan menipu wang pelabur di syarikat miliknya pada tahun 2009 dan 2018.

Trak yang disewa peminat Seung Gi.

Peminat percaya Hong Heon dan Mi Ri telah menyebabkan ramai pelabur mereka hidup sengsara namun sering mengatakan diri mereka adalah mangsa sebenar.

Susulan itu, peminat Seung Gi enggan pelakon kesayangan mereka itu mempunyai apa-apa kaitan dengan ahli keluarga Da In yang disifatkan sebagai individu yang 'kejam' serta suka memanipulasi orang lain.

Sehingga hari ini, Seungi Gi mahupun pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. - Koreaboo

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain