suria

Tampil single Inggeris kedua, BTS harap Butter tercalon Anugerah Grammy

Butter lagu Inggeris kedua BTS selepas Dynamite.

KUMPULAN Kpop popular, BTS baharu sahaja melancarkan single Inggeris kedua mereka berjudul Butter pada Jumaat.

Menerusi sidang media pelancaran single tersebut yang berlangsung di Seoul Olympic Hall, Korea Selatan, BTS mengharapkan Butter dapat tercalon dalam Anugerah Grammy bagi mengulangi kejayaan Dynamite sebelum ini.

"Kami masih berharap untuk memenangi trofi di Anugerah Grammy. Memang itu antara matlamat kami bila mengeluarkan single Inggeris, kami harap impian itu akan tercapai," kata Suga.

Butter sekali lagi mencipta sejarah apabila muzik video (MV) lagu tersebut berjaya mengatasi rekod MV Dynamite yang mana ia berjaya mencecah lebih 112 juta tontonan dalam masa 24 jam selepas ia dilancarkan pada pukul 12 tengah hari Malaysia, Jumaat lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dynamite sebelum ini berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 101 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas ia dilancarkan pada 21 Ogos tahun lalu.

Single Inggeris pertama BTS itu juga turut tercalon dalam Anugerah Grammy ke-63 menerusi kategori Persembahan Pop Duo/Kumpulan Terbaik, namun mereka tewas dengan lagu nyanyian Lady Gaga bersama Ariana Grande berjudul Rain On Me pada Mac lalu.

BTS yang ditubuhkan pada 2013 dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

BTS, Butter, Anugerah Grammy, Dynamite, Kpop

Artikel Lain