suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Priyanka Chopra berjaya kumpul dana RM12 juta untuk pesakit Covid-19

Priyanka gunakan duit dana yang dikumpul untuk bekalan oksigen pesakit Covid-19.

PELAKON Priyanka Chopra meluahkan rasa teruja apabila tabung dana yang ditubuhkan bersama organisasi GiveIndia untuk pesakit Covid-19 berjaya dikumpulkan sebanyak RM12 juta.

Memetik laporan Indianexpress, Priyanka memberitahu hasil kutipan tersebut disalurkan kepada 10 pusat vaksina selain dapat menyediakan bekalan oksigen untuk lebih 2500 pesakit Covid-19.

"Sumbangan anda menjadikan perkara itu berlaku. Dengan dana yang diterima sebanyak ini, kami telah memperoleh sekitar 500 konsentrator oksigen, yang bermaksud menyediakan lebih dari 2500 pesakit bekalan oksigen setiap bulan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tenaga kerja untuk 10 pusat vaksinasi, yang akan membantu lebih dari 6000 orang mendapat vaksinasi dalam jangka masa dua bulan. 422 silinder oksigen yang masing-masing mempunyai kapasiti 6000 liter oksigen.

"Terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbang dan menjayakan misi ini. Harap maklum bahawa anda telah membantu menyelamatkan nyawa.

"Dengan sokongan anda, kami kini telah berjaya mengumpul dana kepada Rs 22 juta (RM12 juta)," kata Priyanka.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain