suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu cuba pelbagai genre, filem sains fiksyen 'Space Sweepers' tak beri tekanan kepada Song Joong Ki

Song Joong Ki teruja dapat membintangi filem sains fiksyen pertama Korea, Space Sweepers.

PERTAMA kali membintangi filem genre sains fiksyen berjudul Space Sweepers, pelakon Song Joong Ki mengakui dia tidak berasa tertekan ketika menerima tawaran tersebut.

Memetik laporan Soompi, Song Joong Ki memberitahu dia bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut kerana ingin mencuba pelbagai genre tambahan pula ia sebuah filem pertama Korea yang menampilkan sains fiksyen.

"Saya tidak berasa tertekan sama sekali mengenai genre filem itu. Apabila saya memilih projek tersebut, saya tidak berasa takut dengan genre itu. Saya masih mahu untuk mencuba pelbagai genre.

"Daripada berasa tekanan, saya lebih rasa 'ia sesuatu yang hebat' kerana saya belum pernah cuba lagi berlakon dalam genre seperti itu. Orang sekeliling memberitahu yang saya lebih cenderung melakukan apa yang saya minat saja.

"Tapi sebenarnya saya sangat gembira dapat melakukannya kerana ia sesuatu yang baharu. Tambahan pula, buat pertama kali filem Korea menampilkan genre sains fiksyen. Saya rasa seperti mewakili negara," katanya.

Filem arahan pengarah Jo Sung Hee turut dibintangi barisan pelakon antaranya Yoo Hae Jin, Jin Sun Kyu, dan Kim Tae Ri yang sudah mula ditayangkan di Netflix.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia