suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Album solo Rose Blackpink keluar Mac ini

Rose bakal tampil dengan album solo selepas ini.

ALBUM solo anggota kumpulan Blackpink, Rose dijangka bakal dilancarkan pada Mac ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensi pengurusannya, YG Entertainment, Rose sudah pun selesai menjalani penggambaran untuk muzik video lagu solo terbaharunya.

Sebelum ini ura-ura mengenai Rose tampil solo sudah pun mula kedengaran sejak tahun lalu.

Selain Rose, Lisa juga dikatakan bakal tampil dengan lagu solo sendiri selepas ini.

Sejak Blackpink ditubuhkan pada 2016, hanya Jennie sahaja yang pernah tampil dengan single berjudul Solo pada 2018.

Selain Rose, Lisa dan Jennie, kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love ini turut dianggotai Jisoo.

Berbanding tiga rakannya yang lain, Jisoo kini semakin aktif dalam bidang lakonan apabila membintangi drama Snowdrop yang kini masih lagi dalam pembikinan. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rose Blackpink, Blackpink, kpop

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia