suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayu Ting Ting tampil berambut pendek selepas tak jadi kahwin

Penampilan Ayu dipuji netizen di laman sosial.

BERITA mengenai penyanyi dan pelakon Ayu Ting Ting membatalkan pernikahannya dengan Adit Jayusman pada saat akhir masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Beberapa hari selepas perkhabaran tersebut menjadi perhatian, Ayu Ting Ting tampil dengan gaya rambut baharu yang kelihatan lebih pendek daripada sebelum ini.

"New me (diri saya yang baharu)," tulis Ayu secara ringkas menerusi laman sosial miliknya.

Rata-rata netizen memuji penampilan terbaharu Ayu Ting Ting kini dilihat lebih cantik dan sesuai dengan dirinya.

Keputusan Ayu Ting Ting membatalkan majlis pernikahannya dengan Adit Jayusman mengejutkan ramai peminat dan sehingga kini, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka itu.

Ditemui oleh media di kediamannya di Jawa Barat, Indonesia, Ayu Ting Ting kelihatan tenang dan hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik dalam hubungan mereka itu.

Sebelum ini dikhabarkan Ayu dan Adit bakal mengadakan majlis pernikahan dalam masa terdekat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia