suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

John Travolta tak mahu kongkong kehidupan anak - “Kita kena dengar dan terima apa jua keputusan masa depan mereka”

Gambar kenangan John Travolta bersama mendiang isteri Kelly Preston dan dua anak mereka. Foto: Getty Images

SELEPAS meraih pelbagai kejayaan dalam dunia hiburan, pelakon terkenal John Travolta berkata keutamaannya kini beralih kepada masa depan anak-anak.

Semasa temubual dalam program Mola TV Live baru-baru ini, Travolta berkata dia lebih berbangga jika dua anaknya turut berjaya dalam kehidupan masing-masing.

“Saya mempunyai dua anak, sekarang ini saya lebih tertarik untuk melihat masa depan mereka.

“Kejayaan mereka sangat penting untuk saya. Apa pun yang dilakukan, saya sentiasa memikirkan mengenai masa depan mereka.

"Mungkin dahulu saya lebih sibuk tapi mereka adalah keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, aktor berusia 66 tahun ini berkata dia sentiasa menyokong perjalanan hidup yang akan dipilih oleh anak-anak kelak.

“Sentiasa sokong apa yang mereka ingin lakukan, kita kena dengar dan terima apa jua keputusan masa depan mereka,” katanya.

Perkahwinan Travolta dengan mendiang Kelly Preston dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ella Bleu, Jett dan Benjamin.

Bagaimanapun anak kedua, Jett meninggal dunia pada tahun 2009.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain